11.10.21

BOLEH UNTUNG KE JUAL NASI AYAM RM 1.90 ?

 

KOTA BHARU: Ketika harga ayam dikatakan naik mencanak kebelakangan ini, pasangan suami isteri di Kampung Kubang Palas, Banggu di sini, masih berani menjual set nasi ayam lengkap pada harga RM1.90 sebungkus.

Tindakan Rosli Salleh, 45, dan Wan Roslina Wan Roslan, 43, berniaga nasi ayam dengan harga tidak masuk akal membuatkan menu itu tular di aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu, sekali gus menjadikan perniagaan mereka semakin laris.

Ketika tinjauan hari ini, pasangan yang mengusahakan kedai makan di depan rumah mereka dilihat tidak menang tangan menyediakan hidangan tersebut bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Rosli berkata, setiap hari dia perlu keluar seawal pukul 6.30 pagi untuk membeli bahan mentah sebelum diserahkan kepada isterinya untuk dimasak

“Memang harga ayam naik ketika ini namun set nasi ayam kami kekal RM1.90 sebungkus. Niat saya dan isteri sejak mula berniaga ialah mahu orang ramai yang terkesan pandemik boleh menikmati nasi ayam kami.


“Walaupun jual murah, kami tetap untung cuma marginnya mengecil selepas harga ayam naik. Paling penting, saya gembira ramai dapat menjamah hidangan ini dan mereka berpuas hati saiz hidangan sepadan dengan harga,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dapatkan berita penuh di Utusan Malaysia 

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/tetap-untung-jual-nasi-ayam-rm1-90/

APAKAH RAHSIA KEJAYAAN DATO SERI VIDA?

 Assalamualaikum,

Salam sejahtera. Ramai dari anda yang tertanya tanya macamana Dato Seri Vida tu boleh kaya raya. Niaga apa tu. Jual bedak takkan boleh kaya macam tu.

Mari ikuti perkongsian rahsia kejayaan Dato Seri Vida di dalam video di bawah.




10.10.21

NAK MULAKAN PERNIAGAAN APA?

 Assalamualaikum,

Salam sejahtera.

Ramai orang nak berniaga. Ramai nak jadi usahawan terutamanya lepasan sekolah, graduan universiti, pesara kerajaan, mereka yang diberhentikan kerja, pesara awal kerana telah bosan makan gaji.

Persoalannya nak niaga apa? 

Apa bidang perniagaan nak diceburi? Semua niaga orang lain dah buat. Semua dah ada. Payahlah bang

Admin ingin berkongsi satu video dari tuan IK seorang usahawan tersohor tentang isu nak mulakan perniagaan apa. Mari kita lihat.



Semoga anda semua pengunjung blog usahawan merdeka mendapat sesuatu idea dari video tersebut.

Kongsikan blog ini dengan rakan rakan anda.

Bye

ADMIN

9.10.21

USAHAWAN JANGAN MALU MALU

Apakhabar, Semoga para usahawan terus berusaha, berniaga tanpa malu. Ada usahawan terutama usahawan2 baru yang malu2 untuk berniaga.Malu untuk menjual. Malu jumpa pelanggan. Malu tapi mahu. Malu menjual tapi mahu untung. Saya ingin kongsikan satu video dr usahawan internet tersohor IK untuk tatapan anda yg masih malu2. Jom tengok


 

11.9.21

APA ITU USAHAWAN

Apakhabar semua,

Kali ini saya ingin berkongsi makna perkataan USAHAWAN.

Banyak definasi tentang usahawan. Pelbagai pandangan dan pendapat tentang maksud usahawan.

Ada yang mengatakan usahawan dan peniaga adalah sama.  Ada pula yang berpendapat usahawan dan peniaga adalah berbeza,

Saya memetik maksud usahawan berdasarkan kamus dewan seperti berikut:-

Definisi : orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Macamana. Dah faham maksud usahawan. Apa pulak makud peniaga?


Jumpa lagi next post

10.9.21

SELAMAT DATANG KE BLOG USAHAWAN MERDEKA

Assalamualaikum,

Selamat sejahtera,

Selamat datang ke blog usahawan merdeka.

Blog ini dilancarkan sempena bulan kemerdekaan 2021.

Bakal memuatkan nota nota dan info info asas untuk para usahawan khususnya usahawan usahawan baru, usahawan micro dan bakal bakal usahawan.

Meliputi hal hal berkaitan asas menubuhkan perniagaan, pinjaman modal dari bank, bantuan kerajaan, pemasaran dan lain lain hal yang berkaitan.

Jumpa lagi

Wassalam

Admin 

UsahawanMerdeka

5 USAHAWAN REMAJA TERKAYA DI MALAYSIA 2021

  Siapakah mereka?? Jom tonton